GEORGE TOWN – Sesi persekolahan kat seluruh Pulau Pinang boleh berjalan macam biasa esok, lepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun sikit di beberapa kawasan sampai pukul 7 malam tadi.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohammad Dziauddin Mat Saad habaq, berdasarkan kemas kini terbaru, bacaan IPU turun satu mata dalam tempoh sejam di dua stesen iaitu Minden dan Balik Pulau.

"Persekolahan berjalan seperti biasa, namun tiada aktiviti luar bilik darjah buat masa sekarang. JPN akan terus memantau perkembangan semasa menerusi Bilik Gerakan JPN," katanya.

Walaupun sekolah dibenarkan buka, aktiviti luar bilik darjah masih tak dibenarkan buat masa ni sebagai langkah jaga-jaga pasai keadaan jerebu. Pihak JPN pun dapatkan khidmat nasihat Kementerian Kesihatan untuk bimbing sekolah pasai langkah jaga kesihatan sepanjang cuaca berjerebu ni.

Dziauddin habaq, pihaknya dah pantau rapi bacaan IPU setiap dua jam menerusi 'War Room' JPN Pulau Pinang sejak 13 Ogos lagi. Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk pastikan keselamatan dan kesihatan warga sekolah sentiasa jadi keutamaan.