Keputusan sama ada nak buat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau tangguh aktiviti luar bilik darjah bagi sekolah-sekolah tertentu di Pulau Pinang akan ditentukan ikut trend bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 6 petang ni.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Dziauddin Mat Saad, habaq pihak depa dah pantau rapi bacaan IPU setiap dua jam guna 'War Room' Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sejak 13 Ogos lepas. Setakat pemantauan jam 7 pagi tadi, kesemua empat stesen bacaan IPU kat negeri ni catat indeks lebih 160. Kalau bacaan sampai 200, ikut panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah akan tutup dan PdPR dijalankan; tapi kalau bawah 200, aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan serta-merta. Keputusan ni ikut kawasan stesen masing-masing, dan PPD akan bagi tau pengetua atau guru besar yang terlibat.
"Kita akan buat pemakluman lebih awal, paling lewat jam 8 malam." kata Dziauddin Mat Saad.
Dziauddin cakap dia akan tengok pergerakan margin dan peratus peningkatan IPU dulu sebelum buat keputusan petang atau malam ni, supaya pihak sekolah dan pengusaha kantin ada masa nak buat persediaan pasai makanan dan hal-hal lain. Keputusan penutupan sekolah ni membabitkan 398 buah sekolah dan 237,000 pelajar di seluruh Pulau Pinang.
Setakat ni takdak laporan murid alami masalah kesihatan kritikal sebab jerebu. Tapi JPN dah bagi kelonggaran awal kat pelajar yang ada masalah pernafasan - ibu bapa dibenarkan ambik anak depa lebih awal atas sebab kesihatan dan keselamatan, dan pelajar dinasihatkan pakai penutup muka serta elak kawasan terdedah.