Penduduk pangsapuri Blok 1, Taman Air Itam di Air Putih, Pulau Pinang, sekarang dah boleh guna jalan dan kawasan parkir yang lebih selesa. Projek naik taraf tu bernilai RM70,855.41 dan dibiayai menerusi Projek Mesra Rakyat Parlimen Bukit Bendera.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, habaq peruntukan tu dipakai untuk kerja turap semula jalan di sekitar pangsapuri Blok 1. Lepas tu, garisan bagi 35 petak tempat letak kereta kat situ dicat dan dilukis semula. Kerja bermula pada 20 April dan siap pada 15 Jun, ambik masa lebih kurang lapan minggu.
"Paling penting, kita mahu komuniti di sini dapat hidup dengan lebih selesa dan selamat." kata Syerleena Abdul Rashid.
Beliau bagi tau pejabat Parlimen Bukit Bendera akan terus tengok keperluan penduduk setempat untuk cari kemudahan lain yang boleh ditambah baik guna peruntukan yang sesuai.
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Rohaizat Hamid, cakap penduduk betui-betui hargai bantuan tu sebab bangunan berkenaan dah berusia lebih kurang 40 tahun. Katanya, penduduk sekali akan tengok beberapa permintaan lain, termasuk cadangan nak cat semula kawasan bangunan, dan pihak berkenaan akan teliti sama ada boleh bantu.