Mohammad Ammar Iffat Mohd. Nizam, budak lelaki umur 5 tahun, kena buat dialisis air sembilan jam setiap malam sebab sakit buah pinggang. Tapi walau susah macam mana pun, dia ada satu impian yang asyik dia habaq kat ibu dia — nak naik Menara Alor Setar waktu malam, nak tengok bandaraya dari atas. Impian ni bermula lepas Ammar tengok cahaya di puncak menara tu dari tingkap wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sekitar Oktober tahun lepas. Ibunya, Fatin Nur Atiqah Zaidan, 31, cakap anak dia selalu tarik kerusi dekat tingkap, berdiri lama-lama ja tengok cahaya menara tu dari jauh.
"Dia beritahu bila angah keluar hospital, kita naik menara ya." kata Fatin.
Fatin habaq, anak kedua daripada tiga adik-beradik ni disahkan sakit bilateral Wilms tumor — kanser yang serang dua-dua buah pinggang — sejak umur baru 11 bulan. Ammar dah lalui pembedahan buang tumor, kemoterapi dan radioterapi sebelum disahkan bebas kanser, tapi penyakit tu tinggalkan kesan — sebelah buah pinggang dia dah tak berfungsi langsung, sebelah lagi tinggal fungsi 50 peratus ja.
Walaupun kena bergantung kat mesin dialisis, Fatin cakap anak dia tak pernah merungut, asyik cakap 'angah kuat ibu'. Ammar pun ada impian lain — nak jadi anggota bomba, lagi satu nak beli rumah besar untuk duduk sama-sama dengan ibu bapa dia.
Fatin berharap ada pihak yang boleh tolong tunaikan impian kecil anak dia tu. Pengerusi Cancer Survivors Malaysia, Zuraini Kamal, yang sempat pi melawat keluarga ni di Kampung Bukit Berangan, Binjal, Jitra baru-baru ni, harap ada orang sudi bagi Ammar peluang naik Menara Alor Setar tengok pemandangan bandaraya dari puncak. Sesiapa nak hulur bantuan boleh salur sumbangan ke akaun Bank Islam nombor 02039025209790 atas nama Fatin Nur Atiqah.