PADANG TERAP: Seorang wanita berusia 55 tahun maut manakala anak lelakinya yang berusia 21 tahun cedera lepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang depa naik terbabas dan langgar penghadang besi di Kilometer 8 Jalan Batu Pengasah, Durian Burung, pagi tadi.
Kejadian sekitar pukul 7.35 pagi tu belaku masa MPV tu bergerak dari arah Kuala Nerang menghala ke Durian Burung. Mangsa yang maut duduk kat tempat duduk hadapan dan tersepit lepas kereta langgar penghadang, manakala anaknya yang memandu kereta tu cedera kat anggota badan.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd. Anuar Junoh habaq, MPV tu dipercayai terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi berkenaan.
"Akibat kemalangan itu, penumpang yang tersepit di tempat duduk hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," kata Mohd. Anuar Junoh.
Mayat mangsa dah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes ni disiasat ikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.