Hujan lebat yang turun kat kebanyakan tempat sejak awal pagi tadi sikit sebanyak dah bantu ubah kualiti udara di Pulau Pinang. Tinjauan di sekitar pusat bandar George Town tunjuk kawasan penempatan, bangunan termasuk mercu tanda serta lokasi berbukit nampak lagi jelas berbanding semalam.
Jarak penglihatan pun jadi lagi baik dan dak diganggu masalah jerebu yang sampai menyakitkan mata macam sebelum ni. Sementara tu, keempat-empat stesen pemantauan kualiti udara di negeri ni tunjuk bacaan kat kategori sederhana, bukan lagi tidak sihat macam semalam.
Setakat pukul 11 pagi tadi, Stesen Balik Pulau catat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling rendah iaitu 63, diikuti Stesen Seberang Perai (80), Stesen Seberang Jaya (82), dan Stesen Minden dengan bacaan 89.