Dalam 100 peserta, terdiri daripada mahasiswa, pelajar sekolah dan komuniti setempat, sertai Program Jelajah Kasih Bersama Pelajar dan Komuniti sekitar Kampung Behor Temak, Kangar, anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Perlis.
Pengarah Program, Abdullah Asyraf Rizal, habaq program ni antara usaha berterusan GPMS nak bagi tau pasai bantuan dan program pendidikan yang kerajaan sediakan kat pelajar.
"GPMS juga berpeluang berkongsi dan serta berinteraksi bersama peserta yang hadir berkaitan masalah pelajar yang sering berlaku di sekolah termasuklah isu buli, masalah kehadiran pelajar serta adab dalam menuntut ilmu," katanya.
Dia tambah, pendekatan turun padang macam ni bagi ruang kat pihak GPMS nak kenal pasti pelajar yang kurang berkemampuan, sekali gali faham keperluan depa untuk sambung belajar sampai ke tahap tertinggi.
Program Jelajah Kasih GPMS ni pun dapat kerjasama Kelab Belia Perpaduan Bandar Kangar, diwakili Pengerusinya, Mohd Jeffry Hassan. Selain kongsi ilmu, pihak GPMS sekali sumbangkan barangan keperluan asas kat pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan, sebagai usaha ringankan beban depa.