Sekumpulan penjenayah tempatan yang jadikan warga asing termasuk etnik Rohingya sebagai sasaran samun akhirnya tumpas lepas polis tahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan tu, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim habaq, empat suspek yang berusia antara 22 hingga 37 tahun tu ditahan kat Kodiang dekat sini, Kangar Perlis, dan Ipoh Perak.

Dia habaq, kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis IPD Kubang Pasu dan IPK Kedah, susulan laporan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 28 tahun yang mengaku jadi mangsa samun.

"Lelaki Rohingya itu mendakwa disamun tiga lelaki bertopeng di rumah sewanya di Kampung Kodiang Lama kira-kira pukul 1.30 pagi, 17 Ogos lalu." kata Mohd. Radzi Abdul Rahim.

Mangsa mengaku diugut suruh serahkan barang berharga termasuk dua rantai leher, cincin, loket, sepasang anting-anting, dua telefon bimbit dan beg duit yang ada kad UNHCR. Mangsa pun cedera kat tangan, kaki kanan dan perut sebab kena serang. Hasil operasi tu, polis berjaya tangkap kesemua suspek dan rampas barang yang dipercayai hasil samun.

Mohd. Radzi habaq lagi, kumpulan penjenayah ni dipercayai terlibat dalam 13 kes samun sekitar Kodiang yang sasarkan warga asing termasuk etnik Rohingya, tapi cuma seorang mangsa ja yang tampil buat laporan polis. Dia ingatkan status sebagai warga asing tak bermakna seseorang tu terlepas daripada perlindungan undang-undang, dan minta sesiapa yang jadi mangsa jenayah supaya jangan segan tampil buat laporan.