Sambutan Jalan Santai Pulau Betong daripada warga Daerah Barat Daya, khususnya Balik Pulau, dapat sambutan menggalakkan, buktikan program macam ni mampu himpunkan masyarakat dalam suasana sihat, ceria dan penuh muhibah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, habaq penglibatan masyarakat dalam aktiviti macam jalan santai ni tunjuk semangat kebersamaan orang ramai nak jayakan agenda pembangunan negeri lewat Visi Penang2030.
"Saya amat kagum melihat kehadiran luar biasa peserta Jalan Santai Pulau Betong walaupun dalam keadaan hujan ini." kata Chow Kon Yeow.
Majlis tu berlangsung kat Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, sempena Siri Jelajah Festival Penang2030 Daerah Barat Daya, dihadiri sekali Exco Pembangunan Sosial Lim Siew Khim, Pegawai Daerah Barat Daya Dato' Rosli Halim, dan beberapa pegawai lain.
Chow cakap Festival Penang2030 kat peringkat daerah ni jadi bukti kerajaan negeri nak pastikan pembangunan seimbang dan semua kawasan kat Pulau Pinang dapat sama-sama terlibat, sekali gus nak galakkan ekonomi kreatif dan pelancongan berasaskan komuniti.