Dua beradik berusia sembilan dan enam tahun kena detik cemas bila sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan hempap kereta yang depa naik kat Taman Sena Indah, Kangar, petang semalam.
Kejadian sekitar jam 3.30 petang tu berlaku di lot parkir sebuah premis perniagaan masa dua kanak-kanak berkenaan tengah duduk dalam kereta Perodua Alza. Bapak depa, Nazrin Ridwan Saad, 42, habaq dia dan isteri dia, Ros Ayu Ismail, 37, singgah kejap kat kedai runcit nak beli barang, tinggalkan anak-anak dalam kereta lebih kurang lima hingga enam minit ja.
"Anak kami ada dalam kereta dan alhamdulillah, kedua-duanya selamat. Saya dan isteri keluar sekejap untuk membeli barang, tetapi kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit kemudian," kata Nazrin.
Nazrin cakap masa tu cuaca baik ja, takdak hujan atau angin kuat, jadi dia dak dengar apa-apa bunyi pun sebelum tengok pokok tu dah tumbang. Dalam kejadian sama, sebuah Perodua Ativa yang diparkir sebelah pun kena hempap pokok tu sekali.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, PgKB I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, sahkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kangar digerakkan ke lokasi lepas terima panggilan jam 4.13 petang. Operasi lepas tu diserahkan kat Majlis Perbandaran Perlis untuk tindakan selanjutnya.