GEORGE TOWN – Festival Citra Mutiara 2026 sekali lagi jadi platform penting untuk perkukuh identiti budaya dan warisan Pulau Pinang, sekali gus bagi ruang kat penggiat seni, komuniti dan generasi muda nak hidupkan balik warisan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, habaq kekuatan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bukan setakat lokasi dan tarikan semata-mata, tapi turut bergantung kat warisan yang masih hidup dalam masyarakat. Tahun ni, antara usaha yang dibuat termasuklah pengiktirafan Perayaan Teong Guan Phor Thor sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara Pulau Pinang, dan Makam Dato Koyah sebagai Tapak Warisan.

"Pulau Pinang bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan, kekuatan kita juga terletak pada warisan yang masih hidup, iaitu sejarah, seni, budaya, makanan, adat resam dan kehidupan masyarakat yang membentuk identiti negeri ini," kata Chow.

Majlis perasmian Citra Mutiara 2026 disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib, ditemani isteri baginda, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Ramai pemimpin negeri turut hadir sekali termasuk Exco Pelancongan dan Industri Kreatif, Wong Hon Wai.

Chow yang juga ADUN Padang Kota tu bagi tau, pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2008 dah letak Pulau Pinang di pentas dunia, jadi tanggungjawab nak jaga khazanah warisan negeri ni kena diteruskan. Kerajaan negeri berharap manfaat sektor pelancongan boleh dirasai depa yang duduk merata-rata Pulau Pinang, bukan tertumpu kat kawasan tertentu ja.