GEORGE TOWN — Nurul Atiqah Husna Azli, 19, tak sabar nak mulakan pengajian kat Universiti Sains Malaysia (USM) lepas berjaya masuk Program Pengajian Ijazah Pertama (PPIP) jurusan Sejarah, Pendidikan. Bagi dia, kejayaan ni ialah peluang untuk balas jasa atuk dan nenek yang besarkan dia sejak kecik.
"Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil dan mereka telah memberikan segala-galanya termasuk pendidikan yang cukup lengkap sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini," kata Nurul Atiqah.
Perempuan yang mesra disapa Tik ni habaq, neneknya Noriah Mohamad Zain, 66, dulu kerja jadi tukang sapu sekolah rendah lebih 20 tahun demi nak tanggung keperluan dia termasuk pendidikan, sebelum terpaksa berhenti kerja baru-baru ni. Atuknya pulak, Abdul Ghani Musa, 70, dah lama tak kerja sejak 2007 lepas kena kemalangan jalan raya yang cederakan lutut dia teruk.
Atiqah cakap dia sendiri kena buat kerja sambilan nak tampung perbelanjaan harian dan kumpul duit nak sambung belajar, termasuk jadi 'live host' jual produk kat media sosial. Dia kata biar pun asalnya tanggungjawab tu bukan kat bahu atuk dan nenek dia — lepas kedua ibu bapa dia pilih jalan sendiri selepas berpisah — dia tetap bangga sebab dibesarkan oleh depa.
Tahun ni USM terima 5,804 calon untuk sesi pengajian sepenuh masa, dengan 3,913 orang ditempatkan kat kampus induk George Town, selebihnya kat Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kubang Kerian. Nenek Atiqah, Noriah, cakap dia terharu dan bangga dengan kejayaan cucunya walaupun depa hidup serba kekurangan.