BESERI – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-46 Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, semalam.
Dalam titah baginda yang turut merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, kehadiran Askar Wataniah di seluruh negara bukan saja rapatkan hubungan antara tentera dengan rakyat, malah kepakaran profesional depa dalam bidang siber, logistik, perubatan, kejuruteraan dan teknologi jadi pengganda kekuatan yang penting untuk Tentera Darat Malaysia.
Baginda turut berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat Lans Koperal kepada anakanda baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail, yang jadi antara detik istimewa dalam sambutan tu.
Perbarisan tu diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi, melibatkan seramai sembilan pegawai dan 130 orang lain-lain pangkat. Turut hadir Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil, sekali dengan anakanda puteri kedua baginda berdua, Sharifah Farah Adriana.