Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, orang asal Tanah Merah, Pendang, Kedah, kini ada buku biografi sendiri bertajuk Dari Pendang ke Bukit Aman: Jejak Integriti. Buku ni cerita pasai perjalanan hidup dia dari kampung kat Kedah sampai jadi antara pegawai polis paling tinggi kat negara ni.

Ayob Khan membesar dalam keluarga sederhana kat Pendang, rumah takdak bekalan elektrik dan air paip. Lepas balik sekolah, dia kena tolong kat kedai kopi arwah bapak dia — lap meja, basuh pinggan, layan pelanggan, sampai belajar tebar roti canai. Pengalaman camni yang ajar dia erti kerja keras, disiplin dan hargai rezeki yang halal.

Arwah bapak dia bukan orang yang banyak cakap, tapi ada satu pesan yang Ayob Khan pegang sampai sekarang: "jangan ambik hak orang lain." Mula-mula dia cuma faham pasai jangan ambik barang orang lain, tapi bila dah masuk PDRM tahun 1991, dia baru betui-betui faham maksud dalam pesan tu — jangan salah guna kuasa, jangan terima rasuah, jangan khianat amanah yang dibagi.

"Jangan takut bermula dari bawah. Kerja yang halal tidak pernah merendahkan maruah seseorang," kata Ayob Khan.

Ayob Khan habaq, pangkat akan berakhir, jawatan boleh bertukar, seragam pun akan tanggal satu hari nanti, tapi nilai yang orang pegang tu yang tentukan siapa diri sebenar. Dia harap buku ni bukan sekadar cerita pasai dirinya, tapi bagi tau semua orang — tak kira dari mana pun asal usul kita — ada peluang nak sumbang kat negara melalui kerja keras dan integriti.