KANGAR – Polis reman seorang aktivis lelaki berusia 55 tahun pasai satu hantaran di TikTok berkaitan cadangan penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali, susulan perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, Kangar, bulan lepas.

Aktivis tu ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor, jam 10 pagi semalam, untuk bantu siasatan kes ni.

"Hasil semakan ke atas hantaran tersebut mendapati penganjuran himpunan itu adalah untuk mempertahankan hak dan tempat ibadat bagi agama Hindu, selain mengajak masyarakat berhimpun dengan doa, keamanan dan solidariti," kata Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop.

Yusharifuddin habaq, pihak dia terima 15 laporan pasai hantaran TikTok tu, yang bersangkut dengan penganjuran perhimpunan di Tapak Kuil Sri Veera Maha Kaliamman Kovil, Bukit Lagi, pada 30 Ogos lepas. Hasil profiling Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sahkan pemilik akaun TikTok tu ialah aktivis serta juru runding tu.

Suspek ditahan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Polis pun rampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM untuk bantu siasatan, dan suspek kini direman dua hari mulai hari tu sampai esok.

Kuil terbabit dirobohkan kerajaan negeri pada 20 Ogos lepas lepas melalui proses penguatkuasaan dan dibawa ke mahkamah untuk pengosongan tapak. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, sebelum ni habaq tindakan roboh dibuat sebab pengurusan kuil gagal patuh peruntukan undang-undang, dan kerajaan negeri tak halang pembinaan rumah ibadat yang penuhi syarat di lokasi yang sesuai.