BALIK PULAU – Sembilan lelaki warga China dibawa mengadap Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ni atas tuduhan terlibat dalam pakatan jenayah untuk tipu mangsa guna sindiket 'love scam'. Depa semua tak mengaku bersalah bila tuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kat hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Tertuduh-tertuduh tu ialah Ye Binyu, 32; Yang Jie, 34; Xiang Hanghang, 33; Lin Zhixu, 30; Zhang Peng, 30; Huang Shihong, 31; Tan Qiao, 22; Tan Bo, 26, dan Li Mingrui, 27. Ikut tuduhan, depa disyaki buat kesalahan lebih kurang pukul 6.10 petang pada 1 Julai lalu kat sebuah unit kondominium Muze PICC, Persiaran Mahsuri, Sungai Nibong Kecik, Bayan Lepas, dalam daerah Barat Daya tu.

Depa dituduh ikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan, kalau sabit boleh dipenjara antara satu hingga 10 tahun, sebat, serta denda sekali. Timbalan Pendakwa Raya, Ikmal Affandi Zulkifli mohon jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan.

Tapi peguam depa, Ahmad Luthfillah Hadi Ahmad, mintak jumlah tu dikurangkan sebab anak guam dia masuk Malaysia sebagai pelancong ja, ada kerja tetap kat China dengan gaji antara RM1,800 hingga RM3,000 sebulan, dan takdak ahli keluarga kat sini untuk tolong bayar jaminan.

Akhirnya mahkamah benarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan. Semua tertuduh kena lapor diri kat Balai Polis Sungai Nibong tiap-tiap hari Khamis, serah pasport kat mahkamah sampai kes selesai. Kes ni akan disebut balik pada 27 Ogos depan untuk serahan dokumen.