Sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan esok, lebih 350 peserta datang meriahkan Program Jiwa Komuniti MADANI kat Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Kayaman, Mata Ayer.

Pengerusi Komuniti Madani Tok Kayaman, Hazimudin Abdul Halim, habaq program ni dibuat untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

"Inisiatif melaksanakan program tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku di peringkat dasar akar umbi komuniti," kata Hazimudin.

Beliau cakap, pendekatan macam ni sekali gus selari dengan saranan kerajaan nak perkasa komuniti, lagi satu jadi penghubung komunikasi antara kerajaan dengan masyarakat. Program tu buat dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Pelbagai aktiviti pun ada dalam program ni, antaranya pertandingan baju etnik, pertandingan gubahan kanak-kanak, sekali dengan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang tambah semarak sambutan Hari Malaysia kali ni.