BALING – Seramai 19 pendaki terperangkap lepas kena kepala air masa depa mendaki di Lata Debu, hari ni. Sembilan wanita dan 10 lelaki, umur antara 20 hingga 25 tahun, dipercayai terperangkap bila air lata tu tiba-tiba naik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil habaq, panggilan kecemasan diterima pukul 4.11 petang. Lapan anggota bomba terpaksa mendaki sejauh dua kilometer nak sampai ke lokasi kejadian.
"Ketika kejadian mereka dipercayai mahu turun dari gunung itu tetapi terperangkap selepas berlakunya kepala air," katanya.
Operasi menyelamat kena buat guna kaedah menyeberang sungai dengan tali, bawa mangsa satu-satu ke tempat selamat. Batu licin dan arus deras jadi cabaran besar, sampai operasi ambik hampir empat jam nak siap. Kepala air ni jadi lepas hujan lebat hampir dua jam kat kawasan tu.
Semua 19 mangsa berjaya diselamatkan dan dipercayai bukan penduduk daerah Baling.