PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor habaq PAS tak payah masukkan larangan judi dalam manifesto sebab pendirian pasai isu tu dah jelas termaktub dalam dasar dan perlembagaan parti. Katanya, dasar Islam yang jadi perjuangan PAS memang menolak judi sebagai usaha bentuk nilai Islam dalam negara.
"Dasar PAS adalah Islam, seruan PAS adalah 'Allahuakhbar', dan dalam Islam sendiri tidak boleh berjudi," kata Sanusi Md Nor.
Sanusi turut cakap perkara tu dah ada dalam Perlembagaan PAS, Fasal 5, jadi dak payah tunggu manifesto lagi. Kenyataan beliau tu dipetik menurut Sinar Harian.
Lagi satu, Sanusi ada bagi tau kerajaan Kedah sekarang tengah tunggu langkah undang-undang seterusnya sebab ada kemungkinan pengusaha premis perjudian akan bawa kes tuntutan ganti rugi ke mahkamah. "Meraka nak bawa kes untuk ganti rugi, jadi kita lawanlah," katanya.