Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor tampil bagi penjelasan pasai kontroversi berhubung ucapan dia mengenai Tanah Melayu yang sebelum ni cetus pelbagai reaksi.
Menerusi perkongsian Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), Sanusi habaq kenyataan dia tu tak patut ditafsir sebagai seruan menolak atau menafikan status kerakyatan golongan bukan Melayu di negara ni.
Menurut Sanusi, ucapan dia dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Julai lepas dibuat dalam konteks kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), merujuk pada identiti sejarah Tanah Melayu, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu, sekali dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Sanusi tegaskan pengiktirafan pasai identiti Melayu tu dak bermakna menafikan kerakyatan rakyat Malaysia bukan Melayu — katanya, rakyat berketurunan Cina dan India yang jadi warganegara ada hak perlembagaan, kesetiaan dan rasa kepunyaan pada Malaysia sebagai tanah air depa jugak.
Beliau turut habaq, ucapan dia patut dibaca ikut maksud, konteks dan keseluruhan ucapan tu, bukan semata-mata ikut identiti atau kedudukan politik orang yang cakap.