Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan UMNO Rembau, Shukri Shamsuddin akan dipanggil polis untuk bantu siasatan berhubung dua kes berasingan pasai kenyataan yang dibuat oleh depa berdua.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad habaq, pihaknya dah terima dua laporan polis pasai kenyataan Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS. Siasatan dibuka ikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beberapa saksi dah dipanggil bagi beri keterangan, dan tindakan lanjut akan diambil dalam tempoh terdekat.
Sebelum ni, Sanusi ada sentuh isu kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu masa berucap dalam ceramah perdana BN-PN di Jempol. Beliau dakwa pengaruh politik sekali penguasaan ekonomi orang Melayu makin terhakis dan berisiko hilang dalam tempoh 10 tahun kalau dak ada perubahan besar dibuat.
Dalam pada tu, polis pun buat siasatan atas Shukri lepas terima 11 laporan polis sehingga 27 Julai pasai kenyataan yang disiar melalui media sosial yang didakwa kaitkan institusi istana dengan parti politik. Siasatan terhadap Shukri dibuka ikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ni, ada video tular yang dakwa Istana Negeri Sembilan 'dipegang' oleh parti DAP, tapi pihak istana dah nafi dakwaan tu. Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan depa tegaskan sebarang percubaan kaitkan institusi diraja dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.