RTM dapat banyak pujian ngan ucapan terima kasih dari rakyat Malaysia lepas berjaya siarkan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung. Tinjauan kat Threads tunjuk rata-rata penonton memang puas hati dengan liputan stesen penyiaran awam ni sepanjang kejohanan sampai la Sepanyol jadi juara.

Menerusi akaun rasmi @rtm_malaysia, pihak RTM sempat ucap terima kasih kat penonton, sekali bagi bayangan pasal projek siaran sukan seterusnya. "Terima kasih layan Piala Dunia FIFA 2026 di RTM dari hari pertama sampai Sepanyol menjulang trofi ikonik. Kita jumpa lagi untuk Sukan Komanwel nanti," tulis depa dalam hantaran tu.

Kat ruangan komen plak, ramai netizen puji usaha RTM bawak siaran free untuk semua. Sherlocksyafiq contohnya tulis, "Terima kasih RTM telah menyiarkan siaran World Cup kepada semua rakyat Malaysia. Kami hargai jasa baik anda semua pihak RTM." Seorang lagi peminat bola, Iqmaldhanial, yang peminat setia Jerman sejak zaman Michael Ballack, pun tak lupa ucap terima kasih sebab boleh ikuti pasukan kegemaran dia sampai habis.

Aplikasi RTM Klik pun dapat perhatian ramai sebab senangkan orang tengok perlawanan free kat mana-mana ja. Macam kata Danialayiefikri, "RTM Klik terbaik, memang puas hati. Kalau tidak, habis duit dekat kedai mamak."