Pilihan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang buat Padang Lebuh Armenian jadi tapak Festival Citra Mutiara 2026 memang berbaloi. Kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO tu dibanjiri ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Timbalan Pengarah JKKN Pulau Pinang, Yusri Shamdin, cakap festival ni jadi medan utama nak tunjuk kepelbagaian seni warisan dan budaya Pulau Pinang sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Tujuannya nak angkat balik apresiasi seni budaya dan warisan setempat, terutama kat zon utara ni.
"Kita mengangkat elemen seni budaya pelbagai, seperti pertandingan boria, permainan rakyat, makanan tradisi, dan sebagainya untuk kita angkat kembali dan tonjolkan kepada masyarakat dan para pelancong," kata Yusri.
Antara acara yang paling mencuri tumpuan ialah pertandingan boria kategori cilik dan terbuka, dengan 15 kumpulan dari sekolah, IPTA dan NGO sekitar Pulau Pinang turun bertanding. Lain-lain acara pulak macam permainan rakyat, makanan tradisi, promosi kraf tempatan serta pelancongan komuniti pun tak kurang meriahnya.
Salah seorang pempamer, Rozita Omar, habaq festival ni bagi peluang besar kat pengusaha tempatan, khususnya pengusaha inap desa, nak perkenal dan promosi produk serta tarikan pelancongan yang ada kat Pulau Pinang. Tinjauan kru RTM di lokasi seawal pagi mendapati kawasan tu terus dibanjiri pengunjung yang tak nak lepaskan peluang tengok keunikan seni budaya tempatan.