Pelakon, Natasha Hudson atau nama penuh dia Natasha Liana Hudson, cakap dia tak pernah tinggalkan dunia lakonan walaupun sekarang sibuk uruskan studio pembuatan tembikar miliknya kat Langkawi.

Menurut Natasha, sekarang dia lagi berhati-hati bila pilih skrip, dan cuma akan terima tawaran yang betui-betui sesuai dengan prinsip dan komitmen dia.

"Saya tidak pernah meninggalkan dunia lakonan. Bagi saya, setiap tahun seseorang itu perlu berkembang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kehidupan dan kerjaya saya berkembang dalam pelbagai arah," kata Natasha.

Dia mengaku keluarga dan bisnes sekarang jadi keutamaan dia. Tawaran lakonan ada ja datang, tapi banyak yang dak sesuai dengan masa dan komitmen dia sekarang. Sebelum terima apa-apa tawaran, dia akan tengok skrip dulu, fahamkan watak yang ditawarkan, pastikan masa yang perlu tu sesuai dengan komitmen dia.

Sebagai pemilik studio The Ginger Vessel tu, Natasha cakap dia sekarang lagi bahagia dengan kehidupan yang lagi 'membumi'. Seni tembikar bagi dia ketenangan sebab dia boleh buat ikut rentak dan masa sendiri ja. Dia habaq dah banyak tawaran yang dia tolak sebab keluarga tetap jadi keutamaan dia. Bagi Natasha, hidup kat pulau ni buat diri dia lagi 'membumi', dan dia jumpa jiwa dia sendiri bila uruskan bisnes yang boleh dekatkan diri dengan ramai orang.