Misha Omar mencuri perhatian ramai bila tampil bertudung masa buat persembahan kat Perlis baru-baru ni, walaupun ketika tu orang ramai sibuk dengan macam-macam isu semasa.
Difahamkan, penampilan bertudung Misha tu sebenarnya atas permintaan daripada kerajaan negeri Perlis sendiri.
"Dari depan ada iras Datuk Seri Siti Nurhaliza, dari tepi macam Datuk Ziana Zain." kata Misha Omar.
Misha pun berseloroh lagi, cakap dari sudut lain pulak muka dia macam ada iras Ernie Zakri sikit, dan dari sudut atas pulak nampak macam Aina Abdul.
Ruangan komen kat post tu penuh dengan pujian, ramai netizen doa supaya Misha teruskan bergaya bertudung lepas ni.