Sebanyak RM760 juta pembiayaan dah disalurkan kepada kira-kira 6,000 usahawan di Pulau Pinang dalam tempoh lapan bulan tahun ni.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong habaq, jumlah tu sebahagian daripada RM10 bilion pembiayaan yang dah disalurkan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara setakat ni. Kuskop sasar RM15 bilion untuk PMKS tahun ni.

"Untuk Pulau Pinang, 760 juta telah berjaya disalurkan dalam masa lapan bulan sahaja kepada lebih kurang 6,000 orang usahawan dalam negeri kita ini," kata Steven.

Beliau cakap pasai tu masa sidang media sempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia anjuran Kuskop di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai hari ni.

Lagi satu, Steven bagi tau peruntukan pembiayaan kepada PMKS tahun ni dah dinaikkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion.