Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan pembuatan bernilai RM17.3 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ni, naik 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow habaq ni bukti ekosistem perbandaran yang kukuh terus menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Jumlah tu sumbang 34 peratus daripada keseluruhan pelaburan pembuatan yang diluluskan di Malaysia. Chow cakap bila pelaburan berskala besar macam ni masuk, keperluan pada infrastruktur pintar, pengurusan sisa yang cekap dan daya huni bandar pun naik mendadak.

"Apabila pelaburan masuk, permintaan terhadap infrastruktur pintar, pengurusan sisa cekap dan daya huni bandar raya akan meningkat secara mendadak," kata Chow Kon Yeow.

Beliau berucap begitu semasa merasmikan Konvensyen PBT Tahun 2026 di Bertam. Chow turut habaq Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kena main peranan penting sebagai pemudah cara, dan kepimpinan Datuk Bandar serta Yang Dipertua PBT kena berani buat keputusan strategik berasaskan data.