BATU KAWAN – Pulau Pinang berpotensi jadi hab bazar emas berprestij di rantau Asia Tenggara tak lama lagi, cakap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong. Menurut beliau, impian tu boleh jadi kenyataan kalau kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan sama-sama bekerjasama membangunkan ekosistem emas di negeri ni.

"Saya lihat (langkah mewujudkan) hab bazar emas itu atau mungkin juga kemudahan untuk menyimpan emas tidak mustahil untuk dilaksanakan di sini (Pulau Pinang) dan pembukaan kilang penapisan emas adalah langkah pertama ke arah visi atau cita-cita tersebut," kata Steven Sim.

Steven habaq benda ni masa berucap kat majlis pelancaran kilang penapisan emas baharu bertaraf antarabangsa milik Public Gold, syarikat perdagangan logam berharga utama negara, di Batu Kawan. Hadir sekali Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan Pengasas serta Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Seri Louis Ng.

Tambah Steven, industri pembuatan emas di Pulau Pinang kini menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pembuatan dan pengeluaran barang kemas seluruh Malaysia — data yang bagi asas kukuh untuk negeri tu berkembang jadi hab bazar emas serantau pada masa depan.

Sementara tu, Louis Ng bagi tau, kilang penapisan emas seluas 4,038 meter persegi tu mampu menapis sampai 10 tan logam berharga dalam setahun, dan pihaknya optimis kapasiti tu boleh naik sampai 50 tan dalam tempoh lima tahun akan datang, bergantung pada permintaan pasaran.