PERMATANG PAUH: Politeknik Seberang Perai (PSP) nak jadi pusat rujukan latihan dan konsultasi bidang logistik dan halal untuk pemain industri dalam tempoh beberapa tahun lagi. Pengarah PSP, Mohd. Ruzi Hamzah habaq institusi ni dah dapat sokongan penuh drpd semua pihak yang terlibat nak realisasikan impian tu.
"Harapan saya ialah nak tengok PSP menyokong dasar kerajaan iaitu untuk menjadi sebuah hab halal di peringkat nasional dan antarabangsa," kata Ruzi. Dia habaq kerajaan dah sediakan platform kerjasama dengan industri halal, dan pihak politeknik pula jadi penyedia latihan yang sesuai dengan keperluan industri tu sendiri.
PSP sebelum ni dipilih jadi institusi perintis dalam pembangunan bakat profesional untuk sektor logistik halal negara, menerusi penawaran program diploma profesional pertama iaitu Diploma Profesional Teknologi Logistik dan Halal (DPTLH) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Majlis pelancaran program ni disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) di PSP baru-baru ni.
"Kita siapkan kurikulum terlebih dahulu sebelum berbincang dengan pihak industri mengenai keperluan sebenar mereka kerana kita tidak mahu program ini dibangunkan tanpa penglibatan dan maklum balas daripada pihak industri," kata Mohd. Ruzi Hamzah.
Ruzi cakap pemilihan PSP memang bertepatan sebab bidang utama PSP sekarang ni logistik, dan ramai pelajarnya ambik kursus berkaitan iaitu Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. Untuk bina sinergi baru antara logistik dan halal termasuk jadi silibus dalam DPTLH, PSP dah kerjasama dengan 31 agensi serta rakan strategik industri.
Disokong oleh Halal and Logistics Technology Excellence Centre (Haltec) sebagai pusat kecemerlangan dalam pembangunan latihan, inovasi dan kolaborasi industri, DPTLH ni ada empat modul utama iaitu Smart Warehouse, Digital Apps Development, Smart Drone Technology dan Halal Executive. Program yang dijalankan setiap hujung minggu ni bagi peluang peserta dapat sijil kompetensi industri untuk naikkan kebolehpasaran depa dalam pasaran kerja.