Moomoo Securities Malaysia (Moomoo MY) hari ni umum aplikasi pelaburan depa dah lepas dua juta muat turun kat Malaysia. Sempena pencapaian tu, syarikat ni janji nak sumbang RM100,000 kat Nicol David Organisation (NDO) — duit ni akan tolong program pendidikan belia, pembangunan sukan, dan literasi pelaburan untuk pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NDO ni, Moomoo Malaysia akan salurkan RM100,000 tu untuk tolong sampai 500 orang pelajar bawah program Smart Mooves. Program ni buka peluang kat belia dari keluarga berpendapatan rendah — masuk pembangunan sukan, pendidikan pelaburan, dan pembangunan diri, kat 20 buah sekolah menengah kerajaan kat Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Lain dari tu, tiap-tiap RM1,000 deposit yang dibuat pengguna baharu, Moomoo akan sumbang RM10 kat NDO.

Bilangan pelabur runcit kat Malaysia memang terus naik, tapi golongan muda ni masih kurang diwakili dalam dunia pelaburan negara. Ikut Bursa Malaysia, pelabur berumur 18 hingga 35 tahun ja bentuk lebih kurang 20 peratus daripada jumlah pelabur runcit aktif kat sini. Banyak kajian pun tunjuk masih ada jurang celik kewangan dalam kalangan belia — sebab tu perlu lagi luas akses kepada pendidikan kewangan dan kemahiran urus duit sejak awal.

Indy Lau, Ketua Pegawai Operasi Moomoo Malaysia, habaq pencapaian dua juta muat turun ni bukan sekadar angka ja — ia lambangkan jutaan orang Malaysia yang dah ambik langkah pertama untuk bina masa depan kewangan depa. "Sempena pencapaian ini, kami mahu memberi kembali kepada komuniti yang telah menyokong perkembangan kami. Melalui kerjasama dengan Nicol David Organisation, kami berharap dapat membantu lebih ramai belia Malaysia melangkah ke arah merealisasikan impian mereka tanpa mengira latar belakang atau keadaan hidup," katanya.

Nicol David Organisation ditubuh oleh jaguh dunia skuasy lapan kali, Datuk Nicol David, sama-sama Mariana De Reyes. Yayasan bukan untung ni fokus untuk perkasa wanita, remaja perempuan dan lelaki melalui sukan, pendidikan, kesihatan mental, dan pembangunan komuniti — antaranya menerusi program Smart Mooves, Little Legends, dan Positive Play.

Kata Datuk Nicol David, "Kami amat menghargai sokongan Moomoo Malaysia terhadap misi kami untuk memperkasakan golongan muda dan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang bermakna kepada pelajar dan keluarga, selain memperkukuhkan kepentingan pendidikan, daya tahan serta pembelajaran sepanjang hayat."

Pencapaian ni pun mai lepas Moomoo dapat pengiktirafan kat Bursa Malaysia Excellence Awards 2025 — jadi Naib Johan Kedua kategori Best Retail Equities Participating Organisation (Non-Investment Bank). Platform depa pun ada ciri macam Moomoo AI dan data pasaran Level 2, untuk tolong orang melabur lagi bijak.