Pulau Pinang tengah buat langkah besar nak kukuhkan diri jadi hab penerbangan dan logistik serantau. Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang bernilai RM1.55 bilion tu dijangka siap pada 2028 dan bila dah siap, kapasiti penumpang boleh naik sampai 12 juta orang setahun.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow cakap pembangunan ni penting bagi sokong sektor pelancongan, perdagangan dan industri bernilai tinggi negeri tu, sekali gus perkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai pintu masuk utama ke Wilayah Utara. Lapangan terbang ni sekarang uruskan lebih kurang 70 peratus kargo udara Malaysia dengan nilai eksport lebih RM400 bilion.

"Kapasiti logistik yang lebih besar itu penting bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E) serta sektor pembuatan bernilai tinggi yang terus berkembang di Pulau Pinang," kata Chow.

Lagi satu projek yang bakal bagi kesan besar ialah Penang International Logistics Aeropark (PILA), usaha sama antara Penang Development Corporation (PDC) dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Fasa pertama, gudang kargo udara zon perdagangan bebas, dijangka siap dan mula beroperasi pada 2029 dengan tambahan kapasiti sampai 100,000 tan setahun. Secara keseluruhan, PILA disasarkan bagi ruang gudang lebih dua juta kaki persegi dan kapasiti kargo sampai 500,000 tan setahun menjelang 2050 — naik banyak berbanding kapasiti sekarang yang dalam 160,000 tan ja.

Chow sekali habaq Pulau Pinang juga akan fokus bangunkan Penang International Financial Centre (PIFC) yang bakal jadi pemangkin ekosistem kewangan berasaskan teknologi untuk Wilayah Utara, sambil terus tarik pelaburan bernilai tinggi dan bantu perkembangan PMKS serta bidang macam teknologi perubatan.