KUALA LUMPUR – Produk kesihatan yang dibuat dari landak raya asal Kedah curi tumpuan pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026. Selain tengok binatang tu dekat-dekat, pengunjung pun dapat cuba bagi makan sendiri.
Pembantu pengurus di Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya (Puspa Laraja), Rohanizah Baharudin habaq, produk macam pati minyak dan kapsul serbuk landak raya ni dah dihasilkan sejak 15 tahun, dan dah dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Depa guna landak raya ni untuk pelbagai kegunaan tradisional, antaranya tolong legakan asma serta masalah urat dan sendi.
"Kami juga ada bam, pati minyak, duri, aroma terapi serta kapsul serbuk duri dan hati landak raya. Kesemua ini 100 peratus daripada landak raya, tiada campuran bahan-bahan pengawet," kata Rohanizah.
Rohanizah cakap lagi, pihak depa bawak landak raya ni terus ke MAHA 2026 supaya pengunjung boleh dapat pendedahan betui-betui pasai haiwan ni, lagi-lagi generasi muda yang ramai teruja bila dapat tengok dan bagi makan sendiri.
Depa berharap pendedahan kat MAHA 2026 ni boleh buka minat orang ramai nak kenal dan ceburi bidang penternakan landak raya, sebab potensi nak kembangkan bidang ni kat Malaysia memang ada.