Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) habaq depa komited nak perluas program Jualan Madani KUSKOP (JMK) untuk ringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup sekarang, sekaligus bantu usahawan tempatan pasarkan produk depa.

Menteri KUSKOP, Steven Sim Chee Keong, cakap program ni dah buat di beberapa tempat lain termasuk Melaka, Johor dan Kuala Lumpur, selain Pulau Pinang.

"Pulau Pinang setakat ini sudah tujuh (program) dan kita sasarkan untuk anjur sekurang-kurangnya sepuluh program tahun ini," kata Steven Sim.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, habaq macam tu lepas rasmikan program JMK @ DUN Seri Delima di Taman Kejiranan Karpal Singh, Island Glades, baru-baru ni. Hadir sekali Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, dan ADUN Seri Delima, Connie Tan.

Steven pun bagi tau lima daripada anak angkat dia sendiri ambik inisiatif buka gerai makanan bernama 'Jualan Amal Anak Angkat YB' dalam program JMK tu. Hasil jualan tu semua masuk dalam tabung pendidikan untuk program 'Asal Cek Mau Pi Sekolah', bagi bantu pelajar lain dari keluarga kurang berkemampuan sambung belajar. "Sebelum ini, mereka menerima bantuan untuk meneruskan pelajaran. Tetapi, hari ini, mereka pula memikirkan cara untuk membantu orang lain belajar. Inilah makna sebenar pendidikan," ujar beliau.