Bahang Program Jom Malaysia dan Festival Pengguna (CONFEST) 2026 dah mula terasa kat Pulau Pinang bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) lepaskan konvoi promosi dari Putrajaya menuju Batu Kawan.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, yang sempurnakan majlis pelepasan Pasukan Promosi dan Hebahan Jom Malaysia tu, habaq langkah ni bagi memperhebat promosi menjelang program berkenaan yang bakal berlangsung di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, dari 17 hingga 20 September ni.

Konvoi tu singgah kat beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang perjalanan untuk bagi maklumat program dan berinteraksi terus dengan orang ramai. Antara yang memeriahkan konvoi ialah trak promosi, van berhias identiti Jom Malaysia, mekot rasmi Jommy, dan sokongan rakan strategik Grab menerusi kenderaan GrabCar.

Jom Malaysia yang dilancarkan sejak 27 Jun lepas ni dah singgah di Pasar Seni Kuala Lumpur dan Sandakan, Sabah sebelum sampai ke Pulau Pinang. Kemuncak program tu ialah majlis perasmian oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, pada 19 September jam lapan malam.

Program empat hari tu bermula 10 pagi sampai 10 malam, bawa pelbagai aktiviti kepenggunaan, inisiatif KPDN sekali dengan penglibatan rakan strategik, pemain industri dan komuniti setempat. KPDN ajak warga Pulau Pinang dan negeri-negeri berdekatan mai sekali bawa keluarga meriahkan program ni di Batu Kawan.