Ramai orang jual barang kemas bila perlukan duit tunai segera, tapi masalahnya tak semua kedai emas boleh bagi bayaran terus sebab proses penilaian dan semakan ketulenan ambik masa. Kedai Emas Fahmi kat Taman Sena Indah, Kangar cuba selesaikan masalah tu dengan bagi kemudahan penilaian percuma dan bayaran terus lepas harga dipersetujui.
Pemiliknya, Mohamad Fakhmi Sabry, 40, habaq syarikatnya memang utamakan bayaran pantas dalam setiap pembelian emas supaya pelanggan yang perlukan duit segera tak payah tunggu lama.
"Matlamat kami adalah untuk memudahkan pelanggan yang mahu menjual emas dan memerlukan duit segera. Kami juga boleh buat penilaian emas secara percuma dan jika harga dipersetujui, bayaran dibuat terus tanpa perlu pelanggan menunggu lama," kata Mohamad Fakhmi.
Selain beli emas, kedai di bawah syarikat bumiputera dan patuh syariah ni pun terima surat daripada pajak gadai konvensional dan skim Ar-Rahnu, ada jual emas suasa bermutu tinggi, sekali dengan khidmat nilai emas untuk tujuan zakat atau pembahagian harta pusaka. Depa boleh nilai macam-macam mutu emas termasuk 916 dan 750, sampai la emas lama yang tak ada cop ketulenan berusia 50 hingga 60 tahun.
Beroperasi sejak 2021, kedai ni dah ada tiga cawangan — kat Pokok Sena dan Jitra, Kedah, sekali dengan Taman Sena Indah, Kangar — dengan lapan pekerja. Dalam sebulan, sekitar 200 hingga 300 pelanggan mai jual emas kat depa, berat dianggar antara tiga hingga lima kilogram. Mohamad Fakhmi kata rancangan lepas ni nak buka dua lagi cawangan, kemungkinan kat Alor Setar dan Pulau Pinang, supaya boleh khidmat lebih ramai orang utara.