GEORGE TOWN — IJM Land Berhad hari ni bagi lancar satu komponen kediaman dalam projek pembangunan guna campur terbaharu depa, Merione Residences, susulan kejayaan Merione Grand yang dah dapat tempahan sampai 100 peratus bagi unit komersial sebelum ni.
Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Tony Ling habaq, sambutan menggalakkan yang diterima Merione Grand tu buktikan pasaran yakin dengan konsep 'tinggal-bekerja-bermain' yang dibawa dalam pembangunan tu. Kejayaan tu, katanya, sekali bagi momentum untuk pelancaran Merione Residences yang tawarkan kediaman berketumpatan rendah, tekankan privasi, ketenangan serta kemudahan dalam sebuah perbandaran bersepadu tepi laut.
"Merione Residences meneruskan momentum ini dengan menawarkan kediaman yang mengutamakan privasi dan ketenangan, di samping memastikan setiap penghuni menikmati akses mudah kepada komuniti, lokasi dan pelbagai peluang yang membentuk kehidupan seharian," kata Ling.
Merione Residences ni projek 39 tingkat yang ada komponen residensi, pejabat, komersial dan rekreasi, dengan 145 unit kediaman separa berperabot dibina dari aras 11 hingga 39. Tiap-tiap tingkat cuma ada lima unit ja, dengan tiga pilihan susun atur — lebih kurang 1,055, 1,195 dan 1,206 kaki persegi — sekali dengan dua hingga tiga tempat letak kereta untuk setiap unit. Kemudahan gaya resort pun disediakan kat aras 10, termasuk kolam infiniti, jakuzi, gim, gelanggang pickleball serta BBQ Pavilion.
Ling habaq lagi, laluan pejalan kaki berbumbung akan sambungkan penghuni ke Merione Grand, The Waterfront Shoppes, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) serta hotel jenama Hyatt yang bakal dibina. Dari segi akses, Merione Residences terletak sebelah Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan berhubung terus ke Jambatan Pulau Pinang, George Town, Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Akses jalan raya kawasan tu pun bakal ditambah baik lewat projek Jalan Pintasan Lebuhraya Ayer Itam-Tun Dr. Lim Chong Eu bernilai RM850 juta, laluan enam lorong tanpa tol yang dijangka siap April 2027.