Festival Jom Malaysia 2026 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jadi platform kukuhkan produk keluaran tempatan, sekali gus dekatkan usahawan dengan pengguna. Acara ni berlangsung di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan, habaq penganjuran festival ni bukan ja nak galak rakyat beli barangan buatan Malaysia, tapi sekali bina keyakinan pengguna pasai kualiti produk tempatan.

"Kita tak nak rakyat semata-mata membeli, tetapi kita nak rakyat yakin dengan barangan tempatan dan juga yakin dengan kualitinya," kata S. Jegan.

Jegan cakap lagi, festival kali ni nak pertemukan rakyat dengan produk tempatan, perkasa usahawan, luaskan pasaran produk Malaysia, sekali gus bina keyakinan rakyat pada barangan tempatan.

Sempena festival empat hari tu, ada jugak Jualan Rahmah MADANI, lagi satu pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga termasuk belon udara panas. Pengunjung boleh sertai cabutan bertuah, kuiz, pertandingan, dan tengok persembahan sketsa boria Pulau Pinang serta artis tempatan. Majlis penutupan festival pada Ahad ni dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.