Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dah siap hantar 10,500 tan metrik (MT) Baja Padi Sebatian Tambahan bagi Musim 1 ke kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tepat dalam masa 10 hari. Kerja ni dibuat melalui anak syarikat Nafas, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB), yang terus bergerak lepas ja terima arahan pembekalan pada 3 September lalu.

Baja sebanyak tu diagihkan terus kat 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA yang jadi stokis strategik, bagi pastikan input pertanian sampai kat tangan pesawah ikut jadual tanam yang genting. Setakat petang semalam, 93 peratus atau 9,778 MT (bersamaan 391,116 beg) dah sampai kat peringkat stokis, sebelum baki keseluruhan disalur habih tengah hari ni.

"Bagi Nafas, 10,500 MT ini adalah amanah untuk kebajikan pesawah," kata Pengurus Besar Nafas, Muhammad Faris Arriffin.

Muhammad Faris habaq, kepantasan kerja ni buktikan Nafas sentiasa bersedia nak bertindak balas pasai keperluan mendesak di peringkat ladang. Rantaian antara Nafas, MNFSB, MADA sekali dengan 27 PPK yang bergerak serentak, katanya, mampu selesaikan masalah demi kepentingan pesawah.

Pada 2 September lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ada umumkan yang penghantaran baki bekalan kat pesawah yang terjejas akan dibuat oleh MNFSB.