Azuki Tahir, 59, Ketua Pegawai Eksekutif sekali gus pengasas HERBagus Trading dan Natural Superfood Sdn. Bhd., dah lebih 16 tahun bangunkan herba tempatan guna cara saintifik. Bermula sebab minat pasai pertanian, usaha kecik anak kampung ni akhirnya berkembang jadi perniagaan yang merentas seluruh rantaian industri.

Depa mula daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tahun 2006, lepas tu betui-betui serius berniaga sekitar 2008. Daripada tanam dan bekal bahan mentah ja, Azuki bawa perniagaan tu masuk ke R&D, pemprosesan, sampai la ke peringkat komersialisasi. Sekarang syarikat ada sekurang-kurangnya dua tapak pemprosesan, termasuk kat Perda Halal Park, Kubang Menerong dekat Tasek Gelugor.

Azuki pun jalin kerjasama dengan Institute for Medical Research (IMR), Forest Research Institute Malaysia (FRIM), sekali dengan beberapa universiti macam USM, UPM, UKM, UiTM dan UniMAP. Sejak 2014 sampai 2020 dan diteruskan sampai sekarang, macam-macam kajian dibuat pasai moringa, roselle, pecah beling, hempedu bumi dan lain-lain herba lagi.

"Kalau kita mahu kata sesuatu herba itu boleh menjadi ubat, kita kena ada sains dan bukan sekadar viral atau berdasarkan testimoni," kata Azuki.

Kini, Azuki uruskan lebih 100 jenis herba mentah dan ada lebih 30 produk siap, kebanyakannya dalam kategori teh dan makanan semula jadi. Salah satu bahan yang laku keras kat luar negara ialah misai kucing yang dibekalkan dalam bentuk kisar ke pasaran Korea dan Jepun - permintaan dari Korea ja boleh sampai satu tan sebulan.

Tapi bukan senang nak sampai ke tahap ni. Cabaran paling besar ialah aliran tunai, lagi-lagi untuk biaya ujian saintifik peringkat praklinikal dan klinikal. Kos satu ujian GLP (Good Laboratory Practice) boleh sampai RM200,000, manakala projek penyelidikan penuh boleh makan kos sampai RM7 juta. Pemasaran digital pun jadi cabaran sekali, sebab sebahagian besar produk depa masih atas jenama pelanggan lain menerusi model OEM.