Agrobank sasar bangunkan sampai 10,000 usahawan dalam tempoh lima tahun, terutama depa yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) industri halal, menerusi inisiatif baru bernama Halal@Agrobank.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin habaq, selain bangunkan usahawan, Agrobank pun sasar 1,500 perniagaan boleh dapat pensijilan halal menerusi Pelan Hala Tuju Halal Agrobank 2026-2030 dalam tempoh yang sama. Ikut laporan Malaysia Halal Export Performance 2021-2025, nilai ekosistem halal global dijangka sampai USD9.5 hingga 10.5 trilion, lebih kurang RM38.8 hingga RM42.9 trilion, menjelang 2030, jadi salah satu ekosistem ekonomi terbesar dan paling laju berkembang kat dunia.

"Ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang besar kepada usahawan agromakanan tempatan untuk meningkatkan daya saing, memenuhi piawaian halal yang ditetapkan serta menembusi pasaran halal yang lebih luas," kata Tengku Ahmad Badli Shah.

Inisiatif Halal@Agrobank ni dilancar sempena Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Pihex) dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) kat Politeknik Seberang Perai (PSP), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inisiatif ni digerakkan oleh enam teras strategik iaitu pendedahan dan kesiapsiagaan halal, pembangunan kapasiti dan keusahawanan, fasilitasi pensijilan dan khidmat nasihat halal, pertumbuhan perniagaan dan pengembangan pasaran, pembangunan ekosistem halal, serta transformasi digital dan data pintar.

Tengku Ahmad Badli Shah habaq lagi, Halal@Agrobank bagi sokongan menyeluruh, dak setakat pembiayaan ja, tapi merangkumi pembangunan kapasiti, bimbingan perniagaan, kesiapsiagaan pensijilan halal serta pengukuhan akses pasaran. Dia pun sebut, ramai lagi yang ingat sesuatu produk tu halal sebab dibuat oleh usahawan Muslim, sedangkan pensijilan halal ada proses dan piawaian sendiri yang kena patuh betui-betui kat setiap peringkat operasi perniagaan.